Wednesday 27 March 2013
Majlis pertunangan
Asalamualaikum
Majlis pertunangan my brother yg kedua telah pon berlalu dgn begitu meriah dah lama da masa hari raya cina tu.Dengan hujan lebatnya tpi alhamdulilah berjalan dengan lancar.
Bersama bakal akak ipar aku.Hihi.Peace
Chesse
Tunang abg aku
Ukhuwah
Tu la abg aku
Hijab
Asalamulaikum
Berhijab ok.Zaman sekarang ni macam2 cara untuk kita berhijab tak kesahla mcam mana sekali pon janji berhijab tpi niat kita tu wajibla kerana allah ta'ala bukan sebab kita ikot fesyen semasa ataupun kita berhijab disebabkan seseorang.
Macam2 gaya aku pon tk terlepas pelung untuk mencubanya.
Yang paling penting pakaian tak ketat
Wednesday 23 January 2013
Salam Maulidur Rasul
Asalamualaikum
Tercipta satu lembaran ditanah suci kota Mekah hari yg mulia penuh syadah bermulalah sebuah kisah. Hari Khamis bersamaan dengan 1434Hijrah kita akan menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.Alhamdulilah mesti banyak akitivi yg diadakan wah seronoknya.
Nabi Muhammad adalah seorang yg sangat3 mulia disisi ALLAH dimaki , dicaci Nabi Muhammad tetap sabar dgn dugaan yg datang.Kalau kita orang kacau mesti dah marahkan. Hayatilah Maulidur Rasul ini dgn kita banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita akan menjadi orang berguna.InsyaALLAH
TERIMA KASIH
Saturday 5 January 2013
I MISS 2T3 (2012)
Asalamualaikum
Aku rindu gila dekat budak kelas aku tahun lepas 2T3 miss gila3 punya.Diorang memang sporting gila.Walaupun diorang tak rapat sangat dengan aku.2T3 kelas yang memang best bagi aku sebb semua murid dan cikgunya yang sangat baik dan penyayang.
Tapi malangnya tahun ni kitaorang dah tak sama kelas lagi tu yang membuat aku bosan kelas aku pada tahun ni.Kelas 2T3 telah meninggalkan kenangan yang sangat indah.
Lihat saja gaya diorang tu penuh dengan sporting nya.Masa ni lah aku menjadi ketua tingakatan bagi kelas 2T3 memang susah untuk memikul tanggungjawab ini tapi aku laksanakan sahaja apa yang cikgu suruh.Guru tingkatan aku ialah Pn Hjh Rusilah seorang cikgu yang sangat penyabar dgn sikap kitaorang yg degil ni.Budak yang cun sebelah ckgu tu aku lah.
Kitaorang tingkatan 1dan 2 sesi petang memang best sebab tak ramai budak sesi petang.Orang yg rapat dgn aku kt kelas Nazira,Afifah,Aina.Amirul budak yg sangat sengal kt dlm kelas aku selalu kena buli hahahaa.Kelas kitaorang semuanya ada 38 taklah ramai sgt.Aku rindu gila nak masuk kelas ni.
Terima Kasih
Selamat Tahun Baru 2013
Asalamualaikum
Aku rasa masih tak terlambat bagi aku nak ucapankan Selamat Tahun Baru 2013.Segala sejarah 2012 telah pon berlalu dengan pelbagai kenangan mans ,pahit kejayaan dan juga kegagalan.Pada tahun baru mestilah ada azam dan semangat barukan walaupaun azam tu kita tk laksanakan.Umur pon dah semakin meningkat.
Apa azam korang untuk 2013 ni mesti macam2 azam yg nk dibuatkan.Ok azam aku bagi tahun 2013 ni mestilah nk jadi lebih baik berbanding 2012 kan dan aku nak jadi muslimah yang sedap mata memandang.Lagipun aku tahun ni nak ambik PMR huuuuu takot yeklah kan last candidates dan aku harap sangat dapat keputusan yg cemerlang Doakan ye.Yang dah lepas jangan dikenang lagi Tahun Baru dan semangat mestilah kena baru.
Alhamdulilah kita masih hidup lagi.Terima Ya Allah
Selamat Tahun Baru
Terima Kasih
Sunday 30 December 2012
Persiapan Sekolah
Asalamualaikum
Tinggal berapa hari sahaja lagi dah nak naik sekolah,persiapan untuk naik sekolah korang dah buat ke belom baju dah ada ke belom buku,beg,kasut dah beli ke belom.Kalau yang belom beli tu beli lah sekarang jangan jadi macam aku ni beli last minit pastu saiz baju sekolah aku tak de nampaknya kenalah pakai baju sekolah tahun lepas punya nasib baik lah baju sekolah tahun lepas yang satu lagi tu aku tak guna lagi.
Kalau naik sekolah mesti nak semuanya baru,yeklahkan apa salahnya sekali sekala.Pastikan buku sudah dibalut kalau tak nanti kotorlah buku tu.Soal balut bku ni aku memang tak suka sebab leceh sangatlah alah lagipun sekarang ada jual pembalut buku yang dah siap tinggal sampul only.Yang penting bagi aku sekarang ialah buku sekolah sbb kalau tak de buku macam mana kita nak buat rujukan betol tak
Buku sekolah tapi ni macam bukan je buku sekolah
Pastikan alat tulis tu ada kalau tak de nak tulis pakai apa pakai air liur ke jangan pulak pergi sekolah bawak make-up kita ni pergi sekolah naik belajar bukan nak lawan siapa cantik siapa tak cantik.Tapi kalau selalunya yang bawak make-up ni budak yng gedik-gedik je perasan saangat diri tu cantik and yang bawak make-up ni selalunya budak sekolah menengah lah apa lagi.
Bju sekolah and tudung.Aahhhh kalau nak cari baju sekolah dan tudung tu janganlah beli yang ketat dan pendek ikutlah undang-undang sekolah tu jangan nak degil sangat.Lepas sebelum nak pergi sekolah tu gosoklah baju tu dulu jangan nak selekeh sangat tolong.
And one importance thing is rexona kenalah pakai kalau ketiak sapa yang berbau yang saangat harumm tu.Tak kiralah jenama apa janji pakai kalau tak pakai kita nak dekat dengan orang pun selesa.
TERIMA KASIH
Thursday 13 December 2012
Piala Suzuki Cup AFF 2012 (Harimau Malaya)
Asalamualaikum
Mesti korang dah tahu tentang perlawanan semalam Malaysia menentang Thailand, yang pasukan Malaysia tewas untuk pergi ke final dengan argreget Malaysia 1 dan Thailand 3.Memang aku tak puas hatilah dengan pasukan Thailand sebab pasukan Malaysia dilayan dengan teruk.Thailand pon main kotor Bukti Thailand main kotor.Kawasan latihan yang teruk.Tiada tempat salinan pakaian. Gary keracunan makanan.Merasuah pengadil. Menang kotor !
Ni aku nak tegurlah sikit pengadil yang bertugas pada malam tu.Baik tak payahlah nak jadik pengadil kalau tak reti FAHAM tak. Pengadil yang lebihkan pasukan Thailand memang pengadil yang berat sebelah.TAK Puas Hati dahlah bagi Fadhli Shas kad merah dan pasukan Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain sahaja memang kecewa and aku dapat tahu yang pengadil tu seorang cikgu bahasa Inggeris hmmm patutlah.
Walaupun MAlaysia kalah untuk ke final Harimau Malaya tetap dihati aku. Terus perjuangan anda.Terima Kasih.
Kau tetap dihatiku
Subscribe to:
Posts (Atom)